Wednesday 9 September 2015

TUJUAN

Kadang-kadang aku tertanya-tanya ,
Apa tujuan aku hidup ?

Yea , as a muslim kita tahu main purpose hidup kita untuk apa dan siapa.
Tapi persoalannya sekarang
Benarkah kita betul-betul menuju ke arah itu ?
Seriously ?

"Hidup dan matiku untuk Allah ".

But , are we really 'walk the talk' ?
*Sigh*

Tak mahu cakap jauh,
Cukup untuk maksudkan diri sendiri sebenarnya.
2015 , masuk bulan ke september
Aku pegang title pelajar tahun dua jabatan Usuluddin dan Falsafah,
Tapi aku mencari sesuatu yang benar-benar dapat membuktikan bahawa aku benar-benar pelajar Pengajian Islam .
I feel like something missing .

Pergi kuliah.
Masuk tutorial.
Siapkan assignment.
Cafe .
Tidur.
Movie.
Masuk dewan peperiksaan jawab exam,

Semua ini 'biasa'.
Aku terfikir ,
How can I be different ?
Bukan untuk bersaing dengan sesiapa.
Bukan mahu berkejar jadi mahasiswa paling terhebat dari seluruh Malaysia.
Cuma,
Boleh tak aku jadi 'sesuatu' yang lain dari kebiasaan ?
dan natijahnya adalah aku menyumbang untuk agama Islam , negara , masyarakat ini sendiri ?

Sebab aku tak melihat apa-apa pun pembaikan dari dalam diri sendiri.
Aku masih merasa pengetahuan , ilmu , kemahiran semuanya masih ditakuk lama dan sangatlah sedikit.

Tapi diri sendiri takut menerima cabaran baru .
Macam mana ?
Assignment susah sikit dah mengeluh ?
Bagaimana perlu menghadapi masyarakat yang sedang  tenat hati dan rohaninya ?
Bagaimana mahu menghadapi dan menyantuni non muslim yang masih paranoid dengan agama ini ?

Duduk melayan whatsapp berjam atas katil,
marathon movie ,drama tak henti,
Hangout kesana sini tanpa tujuan,
kau rasa ?
Ada harapan perubahan ?
Memang taklah.

Bukan menolak hiburan,
Bukan tolak keseronokan,
cuma biarlah berpada dan kena pada tempatnya.
kerana agama ini bukanlah agama jumud.
Tetapi sekiranya engkau leka asal tujuan mu dibumi ini,
kau yang hanyut.

Menjadi hebat bukan diukur dengan kau akhirnya muncul di televisyen,
Popular dikenali ramai,
Bergaji tinggi,
Berpengaruh besar,
Berpangkat tinggi dan sebagainya.
*tapi aku tak nafikan memang hebatlah kalau dapat capai sehingga ke tahap itu*
Namun 'hebat' pada mata aku adalah kau mampu menyumbang segala-galanya yang kau ada
semampunya yang telah kau usahakan
untuk manusia sejagat.
Walaupun, kau tidak dikenali ramai.
Kerana setiap titik peluh usaha mu tidak terlepas dari perhitungan Tuhan.

Adakah aku benar-benar telah berusaha 'melakukan sesuatu' ?

Aku tak mahu masa terbuang begitu sahaja.
Duit habis begitu sahaja.
Aku mahu 'sesuatu' yang menjanjikan pulangan yang lebih 'untung'.
Walau sekarang aku masih belum menjumpainya dan keliru.

24 jam 1 hari
masa yang sama Allah beri adil untuk manusia.
Tapi kenapa pencapaian kita berbeza ?
Apakah solusinya ?

Moga aku tidak malas berusaha.

No comments:

Post a Comment