Tuesday 13 January 2015

Pra-UKM

Alhamdulillah .

Dengan berakhirnya paper Kajian Hadith ,
maka dengan rasminya bermulalah cuti Semester Satu . 

Final exam dah lepas.
Sem 1 satu dah habis.
Aku baru dapat tulis tentang UKM.

Niat dihati nak menulis setiap hari.
Kononnya mahu mencatat diari .
Tapi azam hanya tersimpan dihati.
Tak menjadi realiti.
*pantun ke apa ni?* haha. :face49:

Habis SPM.
Keliru.
Apa nak sambung ?
Di desak-desak ambil medic.
Ditanya tanya kenapa tak memilih medic ?
Matrik?Asasi?
atau lebih umum lagi
"awat tak sambung bidang Sains?" blogger-emoticon.blogspot.com

Senyum aje lah kita.
Aku pilih STAM.

Orang tanya kenapa ?
Aku kata 'jangan tanya'.
Aku pakai 6th Sense.

Tak sangka aku sendiri tertanya kat orang lain.
Teringat sorang kawan aku,11A SPM.
Hebat. *dia memang orang hebat*

"Kenapa stay STAM?Asal kau tak sambung sains , medik ke . Kau kan pandai " aku tanya.

"Ohh . Kira kau nak kata orang yang amik STAM mesti yang result rendah lah?" dia jawab.

Eh.Sentap pulak kita. Aku tanya je.
Now,kawan tu dah terbang ke Jordan .Selamat menuntut ilmu kawan.

Ada orang kata, mana lagi bagus ? Sambung STAM atau STPM ? Atau tak payah dua-dua ?
Sebelum aku jawab,
Nak tanya dulu ,
" Awak berminat nak sambung jurusan apa?"

Ada orang tanya,
Untuk sambung tingkatan 6,
STAM lagi susah dari STPM,
sebab STAM fully-arabic.
Aku pun boleh kata,
STPM lagi susah sebab banyak assignment.
Konklusinya :  Setiap orang kemampuannya berbeza.

Minat STAM,
ambillah.
Minat STPM,
ambillah.
Minat untuk tidak menyambung ke tingkatan 6 ?
Teruskanlah.

Aku tak boleh bagi opinion pukul rata.
Untuk cerita dengan detail,
Aku hanya mampu cerita apa yang aku dah alami dan tahu.
STAM .

Habis je SPM,
Masing-masing dah mula buka langkah baru.
Pasca sekolah menegah.
Pra dunia baru.
Dunia yang mengajar untuk lebih berdikari dan matang mungkin.
Yang paling penting,
'Dunia Baru' itu TIDAK SEMESTINYA universiti.
Sekarang kita didunia yang penuh persepsi dan darjat.
Aku rasa.
Manusia mudah-mudah menilai orang.
Result bagus tak bagus umpama penanda aras dia 'manusia berguna' atau 'tak berguna'.
Aku tak rasa kayu ukur itu tepat.
* nak cerita pasal ni kat post akan datang,insyaAllah*

Maka,langkah baru aku disini.
UKM.
Universiti Kebangsaaan Malaysia.
Mula-mula buka result UPU,
Bermain main dalam kepala..
UIAM USIM dan semua yang ada huruf I yang sewaktu dengannya. :troll:
Selama 6 tahun,
disulami dan diselami dengan 'sekolah agama',
Maka,untuk pertama kalinya kembali aku ke  'Universiti Kebangsaan'.
Setelah lama meninggalkan 'sekolah kebangsaan'.
Again.
Peluang Allah bagi sekali lagi.

"boleh ke aku bawa diri?"blogger-emoticon.blogspot.com itu yang aku tanya diri sendiri.

Pra-UKM

Masih ingat pesan senior masa awal-awal nak masuk.
"Pandai-pandai jaga diri.Kat sini sangat 'Kebangsaan' ".

Benarlah kata senior.
Lama juga aku berada dalam 'zon kekeliruan dan kehilangan'.
Hanya Allah yang tahu bagaimana rasanya. :wtf:

Maka aku terlihat hikmahnya,
Adapt dan keluar dengan apa yang menjadi kebiasaan selama ini.
Masuk hari ini,
adalah hari yang ke-134 aku disini.
Nak pendek kata je,
'aku bersyukur'. 
Susunan takdir-Nya sungguh indah.

Ya.
Ayat klise nya ,
Aku belajar banyak benda dan masih belajar.
Kehidupan kat fakulti,
Kehidupan kat kolej,
Mana-mana hidupan ciptaan Tuhanlah,
Kesemuanya mengajar aku.

Jumpa ramai insan hebat yang banyak memberi inspirasi.
Mengharap moga-moga diri ini mampu mencontohi.

Aku ada misi untuk diri sendiri . :102:

Sekian.


No comments:

Post a Comment