Wednesday 9 September 2015

TUJUAN

Kadang-kadang aku tertanya-tanya ,
Apa tujuan aku hidup ?

Yea , as a muslim kita tahu main purpose hidup kita untuk apa dan siapa.
Tapi persoalannya sekarang
Benarkah kita betul-betul menuju ke arah itu ?
Seriously ?

"Hidup dan matiku untuk Allah ".

But , are we really 'walk the talk' ?
*Sigh*

Tak mahu cakap jauh,
Cukup untuk maksudkan diri sendiri sebenarnya.
2015 , masuk bulan ke september
Aku pegang title pelajar tahun dua jabatan Usuluddin dan Falsafah,
Tapi aku mencari sesuatu yang benar-benar dapat membuktikan bahawa aku benar-benar pelajar Pengajian Islam .
I feel like something missing .

Pergi kuliah.
Masuk tutorial.
Siapkan assignment.
Cafe .
Tidur.
Movie.
Masuk dewan peperiksaan jawab exam,

Semua ini 'biasa'.
Aku terfikir ,
How can I be different ?
Bukan untuk bersaing dengan sesiapa.
Bukan mahu berkejar jadi mahasiswa paling terhebat dari seluruh Malaysia.
Cuma,
Boleh tak aku jadi 'sesuatu' yang lain dari kebiasaan ?
dan natijahnya adalah aku menyumbang untuk agama Islam , negara , masyarakat ini sendiri ?

Sebab aku tak melihat apa-apa pun pembaikan dari dalam diri sendiri.
Aku masih merasa pengetahuan , ilmu , kemahiran semuanya masih ditakuk lama dan sangatlah sedikit.

Tapi diri sendiri takut menerima cabaran baru .
Macam mana ?
Assignment susah sikit dah mengeluh ?
Bagaimana perlu menghadapi masyarakat yang sedang  tenat hati dan rohaninya ?
Bagaimana mahu menghadapi dan menyantuni non muslim yang masih paranoid dengan agama ini ?

Duduk melayan whatsapp berjam atas katil,
marathon movie ,drama tak henti,
Hangout kesana sini tanpa tujuan,
kau rasa ?
Ada harapan perubahan ?
Memang taklah.

Bukan menolak hiburan,
Bukan tolak keseronokan,
cuma biarlah berpada dan kena pada tempatnya.
kerana agama ini bukanlah agama jumud.
Tetapi sekiranya engkau leka asal tujuan mu dibumi ini,
kau yang hanyut.

Menjadi hebat bukan diukur dengan kau akhirnya muncul di televisyen,
Popular dikenali ramai,
Bergaji tinggi,
Berpengaruh besar,
Berpangkat tinggi dan sebagainya.
*tapi aku tak nafikan memang hebatlah kalau dapat capai sehingga ke tahap itu*
Namun 'hebat' pada mata aku adalah kau mampu menyumbang segala-galanya yang kau ada
semampunya yang telah kau usahakan
untuk manusia sejagat.
Walaupun, kau tidak dikenali ramai.
Kerana setiap titik peluh usaha mu tidak terlepas dari perhitungan Tuhan.

Adakah aku benar-benar telah berusaha 'melakukan sesuatu' ?

Aku tak mahu masa terbuang begitu sahaja.
Duit habis begitu sahaja.
Aku mahu 'sesuatu' yang menjanjikan pulangan yang lebih 'untung'.
Walau sekarang aku masih belum menjumpainya dan keliru.

24 jam 1 hari
masa yang sama Allah beri adil untuk manusia.
Tapi kenapa pencapaian kita berbeza ?
Apakah solusinya ?

Moga aku tidak malas berusaha.

Tuesday 13 January 2015

Pra-UKM

Alhamdulillah .

Dengan berakhirnya paper Kajian Hadith ,
maka dengan rasminya bermulalah cuti Semester Satu . 

Final exam dah lepas.
Sem 1 satu dah habis.
Aku baru dapat tulis tentang UKM.

Niat dihati nak menulis setiap hari.
Kononnya mahu mencatat diari .
Tapi azam hanya tersimpan dihati.
Tak menjadi realiti.
*pantun ke apa ni?* haha. :face49:

Habis SPM.
Keliru.
Apa nak sambung ?
Di desak-desak ambil medic.
Ditanya tanya kenapa tak memilih medic ?
Matrik?Asasi?
atau lebih umum lagi
"awat tak sambung bidang Sains?" blogger-emoticon.blogspot.com

Senyum aje lah kita.
Aku pilih STAM.

Orang tanya kenapa ?
Aku kata 'jangan tanya'.
Aku pakai 6th Sense.

Tak sangka aku sendiri tertanya kat orang lain.
Teringat sorang kawan aku,11A SPM.
Hebat. *dia memang orang hebat*

"Kenapa stay STAM?Asal kau tak sambung sains , medik ke . Kau kan pandai " aku tanya.

"Ohh . Kira kau nak kata orang yang amik STAM mesti yang result rendah lah?" dia jawab.

Eh.Sentap pulak kita. Aku tanya je.
Now,kawan tu dah terbang ke Jordan .Selamat menuntut ilmu kawan.

Ada orang kata, mana lagi bagus ? Sambung STAM atau STPM ? Atau tak payah dua-dua ?
Sebelum aku jawab,
Nak tanya dulu ,
" Awak berminat nak sambung jurusan apa?"

Ada orang tanya,
Untuk sambung tingkatan 6,
STAM lagi susah dari STPM,
sebab STAM fully-arabic.
Aku pun boleh kata,
STPM lagi susah sebab banyak assignment.
Konklusinya :  Setiap orang kemampuannya berbeza.

Minat STAM,
ambillah.
Minat STPM,
ambillah.
Minat untuk tidak menyambung ke tingkatan 6 ?
Teruskanlah.

Aku tak boleh bagi opinion pukul rata.
Untuk cerita dengan detail,
Aku hanya mampu cerita apa yang aku dah alami dan tahu.
STAM .

Habis je SPM,
Masing-masing dah mula buka langkah baru.
Pasca sekolah menegah.
Pra dunia baru.
Dunia yang mengajar untuk lebih berdikari dan matang mungkin.
Yang paling penting,
'Dunia Baru' itu TIDAK SEMESTINYA universiti.
Sekarang kita didunia yang penuh persepsi dan darjat.
Aku rasa.
Manusia mudah-mudah menilai orang.
Result bagus tak bagus umpama penanda aras dia 'manusia berguna' atau 'tak berguna'.
Aku tak rasa kayu ukur itu tepat.
* nak cerita pasal ni kat post akan datang,insyaAllah*

Maka,langkah baru aku disini.
UKM.
Universiti Kebangsaaan Malaysia.
Mula-mula buka result UPU,
Bermain main dalam kepala..
UIAM USIM dan semua yang ada huruf I yang sewaktu dengannya. :troll:
Selama 6 tahun,
disulami dan diselami dengan 'sekolah agama',
Maka,untuk pertama kalinya kembali aku ke  'Universiti Kebangsaan'.
Setelah lama meninggalkan 'sekolah kebangsaan'.
Again.
Peluang Allah bagi sekali lagi.

"boleh ke aku bawa diri?"blogger-emoticon.blogspot.com itu yang aku tanya diri sendiri.

Pra-UKM

Masih ingat pesan senior masa awal-awal nak masuk.
"Pandai-pandai jaga diri.Kat sini sangat 'Kebangsaan' ".

Benarlah kata senior.
Lama juga aku berada dalam 'zon kekeliruan dan kehilangan'.
Hanya Allah yang tahu bagaimana rasanya. :wtf:

Maka aku terlihat hikmahnya,
Adapt dan keluar dengan apa yang menjadi kebiasaan selama ini.
Masuk hari ini,
adalah hari yang ke-134 aku disini.
Nak pendek kata je,
'aku bersyukur'. 
Susunan takdir-Nya sungguh indah.

Ya.
Ayat klise nya ,
Aku belajar banyak benda dan masih belajar.
Kehidupan kat fakulti,
Kehidupan kat kolej,
Mana-mana hidupan ciptaan Tuhanlah,
Kesemuanya mengajar aku.

Jumpa ramai insan hebat yang banyak memberi inspirasi.
Mengharap moga-moga diri ini mampu mencontohi.

Aku ada misi untuk diri sendiri . :102:

Sekian.


Smartphone

Di pandang samsung Y yang uzur itu.
"kembung dah bateri ni . Kejap hidup kejap mati .
Tulaa . Guna lagi selalu time telefon tengah charge. Rosak."
Marah diri sendiri .
Siapa sangka , Mama abah tiba tiba nak hadiahkan telefon baru atas sebab tertentu.
Baru niat dihati , nak guna gaji sendiri hasil kerja sementara tunggu sambung belajar untuk beli fon baru .
Dan berazam ! Nak guna elok elok !
" macam tak suka je ?" Tanya mama dalam kereta .
Mungkin kerana reaksi yang kebingungan sebab :
1. Bukan nak tukar fon untuk masa sekarang
2. Macam tak percaya je
Tak nafikan , features dalam phone ni sangatlah membantu dan  menyenangkan kerja .
Lalu aku berjanji !
" aku nak guna elok elok dengan matlamat yang elok elok " .
Sampai satu hari , (rasanya macam dah banyak banyak hari jugaklah)
I waste a lot of time on this phone !
Untuk sesuatu yang tak menghasilkan apa apa walaupun SEPULUH SEN apatah lagi PAHALA.
(Panas tepon ! >.< )
oh myself ~
I broke my promise .
Amanah smartphone boleh tahan jugak berat rupanya .
Dulu kita guna sesedap rasa !
Sedangkan Rasulullah pernah berpesan dulu ,
Intipati dia , (nak baca matan tak hafal . Maaf banyak2)
Antara ciri seorang Mukmin meninggalkan perkara yang tak bermanfaat untuk dirinya .
Adusss ~
cubit sikit untuk diri sendiri 
Dengan kemudahan yang ada,
Dia sepatutnya jadi 'catalyst' untuk bawa diri sendiri dekat dengan Tuhan . Bukan makin jauh.
Makin lalai . Aduhai .
Satu hari tu , aku bukak app 'cleaner master' .(pembersih memori telefon)
*Most of android user kenal benda ni*
Siap siap 'clean' ,
Tiba tiba dia keluar notification baru ,
"you can uninstalled rarely use app to save your memory"
Lalu aku tekan button 'MANAGE'.
first app yang aku nampak ,
Al Quran .
'RARELY USE' .
Fehh . Ini  satu SINDIRAN .
Satu lempangan laju untuk hati sendiri .

'Rarely Use'.
Itu maknanya 'rarely recite'.
Allahuakbar.
Rasa terperli sungguh.

Moga teknologi ,
Menjadi kemudahan buatkan kita dekat dengan Tuhan
Bukan menjadikannya sebagai tuhan dan sembahan.

blogger-emoticon.blogspot.com