Friday 1 August 2014

From Zero To One

Aku hamba dibumi Tuhan yang seboleh bolehnya mahu berjalan terus dan terus pandang ke depan tanpa sedikit pun
toleh ke belakang .
Biarkan masa lalu itu pergi menghilang.
Diikutkan hati mahu lari sekuat kuatnya menjauh dari yang menyakiti.
Kata orang ,
"Masa lalu mengajar kita"
Bunyi arabnya ,
"Ambil ibrah"
Bunyi melayunya ,
"Ambil pengajaran".
Tapi kata aku ,
'AKU MALU'
Hendak mengingatnya sahaja sudah TIDAK MAHU . 
Ingin aku berlari sekuat hati .
Menangis semahu mahuku .
Mengharap dapat menghalang kesilapan kesilapan lalu.
Tapi hakikatnya  bukan semudah pemadam menghilangkan kesan pensel dikertasnya.
Kerana MASA LALU bukan Astro yang ada ulang tayang berkali kali .
Sekali pergi , dia takkan kembali lagi.
10.15 pagi takkan pernah menjadi 10.14 pagi setelah seminit berlalu.
Masa akan terus ke depan .
Umur tetap meningkat berjalan .
Hingga tiba masanya kita berjumpa Tuhan
dan aku sedar lari bukanlah  penyelesaian.

Maka aku perlu mula langkah baru .
Bergerak dari angka-angka bernilai negatif dalam garis hidup,
Berpindah menuju kepada SIFAR .
Disitu aku BERMULA kembali.
Agar 'angka' hidupku ada NILAINYA .

From zero to one . 

Begitu juga engkau.

 

Henshinsan
1134
020814